NOTA EMAS 1 : KAYA ITU MULIA

Bohonglah kalau ada orang yang tak mahu jadi kaya.

Saya nak jadi kaya. Anda semua taknak ke jadi kaya?

Sebenarnya banyak manfaat bila kita jadi kaya ni. Kita boleh buat lebih banyak kebaikan bila jadi kaya. Kekayaan itu boleh membantu kita jadi kaya jugak di akhirat.

Ada pepatah Arab yang menyebut :

“Hampir-hampir kefakiran itu menyebabkan manusia jadi kufur”.

Ye memang betul. Kalau hidup susah, kita akan buat apa saja untuk dapat duit.

Paling kecil, kita akan berhutang. Kita boleh jadi pencuri dan perompak. Dan paling teruk, manusia boleh murtad sebab miskin.

Ada hadith Nabi SAW sebut tentang orang yang mati meninggalkan harta itu lebih baik daripada orang yang mati meninggalkan ahli waris yang meminta-minta.

So, kita kena azam untuk jadi kaya. Atau paling kurang, kita mesti elak diri kita dari jadi orang miskin yang meminta-minta.

Ada banyak caranya yang halal untuk kita jadi kaya :

✅ Kerja dalam sektor pendapatan lumayan. Tapi dengan musim pandemik covid sekarang ni, tiada lagi jaminan pekerjaan yang betul-betul stabil dan terjamin.

✅ Melibatkan diri dalam perniagaan. Yang ini kadang-kadang perlu modal, kadang-kadang tidak. Tapi yang pastinya, ia menagih kesungguhan dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.

✅ Melatih tabiat menyimpan secara istiqamah. Ini boleh dilakukan oleh semua orang tidak kira berapa banyak gaji atau pendapatannya. Apa yang paling penting ialah disiplin dalam diri sendiri.

✅ Meletakkan sejumlah besar wang ke dalam aktiviti perniagaan yang mendatangkan pulangan lumayan. Tetapi harus diingat, besar pulangannya, besar pula risikonya. Dan ia mestilah duit lebihan daripada simpanan asas yang wajib untuk kita.

✅ Berkahwin dengan orang kaya. Ini jalan paling singkat. Boleh cuba jika mahu.

Cuma, apa yang kita semua akan belajar dalam group ini ialah cara ketiga iaitu melatih tabiat menyimpan secara konsisten.

Dan… simpanan itu pula dalam bentuk emas. Bukan dalam bentuk duit.

Sebab apa?

Sebab naluri duit ialah pada berbelanja. Naluri emas ialah pada menyimpan.

Siapa yang selalu gagal simpan duit, wajib ubah cara simpan. Simpan saja dalam bentuk emas.

#KAB
#KAB2852
#MAKMOR

“Gold is the money of kings.
Silver is the money of gentlement.
Barter is the money of peasants.
But… debt is the money of slaves”.

https://mahmud.my/kabgold

Scroll to top