
✅ Kaya itu ajaran Al-Quran.
Dalam Al-Quran, ada terlalu banyak ayat yang menyuruh orang Islam membayar zakat dan menginfaqkan hartanya ke jalan kebaikan.
Macamana nak bayar zakat dan bersedekah dengan banyak kalau nak makan pun tak cukup duit?
Kena ada duit dulu. Mesti ada duit dulu. Barulah boleh bayar zakat dan berinfaq.
✅ Orang mukmin ketiga terbaik sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran (Surah Al-Mukminun) ialah orang yang membayar zakat.
Macamana nak jadi pembayar zakat? Mestilah dengan memiliki harta yang cukup nisab untuk dikeluarkan zakat.
Paling mudah nak diukur ialah dengan emas. Cukup 85 gram dan kena sedia untuk bayar zakat pada tahun berikutnya.
✅ Rasulullah SAW dan para sahabat bukan orang miskin.
Ye betul, mereka semua tawadhu, qana’ah dan zuhud. Tapi mereka bukan orang miskin.
Bahkan merekalah funder kental perjuangan Islam sehingga ke mercu kejayaan.
Jangan terkejut dengan fakta ini. Sebahagian besar daripada 10 sahabat yang dijamin masuk syurga adalah jutawan!
✅ Harta benda dan kekayaan adalah pintu pelbagai kebaikan.
Kalau kita kaya, banyak perkara baik boleh kita buat. Bukan saja di dunia, tapi membawa sehingga ke akhirat.
Sedekah, infaq, zakat, wakaf dan sebagainya memang untuk orang yang berduit. Pahalanya bergerak walaupun kita telah meninggal dunia.
✅ Wajib dengki kepada orang yang berharta.
Secara logiknya, takkanlah jadi kaya itu tidak elok sedangkan Nabi SAW wajibkan untuk kita dengki dengan orang kaya yang pemurah.
Maksudnya, Islam tak halang kita jadi kaya. Asal saja kita gunakan balik kekayaan tersebut untuk menolong orang lain yang lebih memerlukan.
✅ Kaya dan patuh Syariah.
Buat apa pun, kepatuhan pada Syariah itulah yang utama. Biar tahu batas-batal halal dan haram.
Hasil dan pendapatan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di hari akhirat. Dari mana kita dapat dan ke mana kita belanjakan.
✅ Kisah Uthman bin Affan dan telaga Ar-Rumah.
Ia sebuah kisah yang hebat sehingga akhirnya sampai sekarang masih ada 1 akaun bank di Arab Saudi yang didaftarkan di bawah nama pemegang amanah Uthman bin Affan.
Nak tahu kisahnya? Ahaaa… nanti saya buat 1 posting khas tentang kisahnya.
#KAB
#KAB2852
#MAKMOR